Sejarah Masjid

masjid_kasar

Masjid ini pada asalnya adalah  sebuah surau yang diperbuat daripada kayu yang dibina di atas perkuburan Islam Kasar. Bangunan terletak di pinggiran sungai Kelantan. Ia dibina pada sekitar tahun 1920an.

 

Kemudian sekiotar tahun 1940an, Hj. Abdullah (Tok Ayah Tanjung) menghadiahkan rumahnya di Kg. Tanjung untuk dibina surau. Rumahnya dirobohkan dan kayu-kayunya dibawa ke kampong Kasar untuk dibina sebuah surau diatas tanah nya yang telah di wakafkan.

 

Oleh kerana penduduk kampong Kasar semakin ramai,surau yang dibina ini tidak lagi mampu menampung jamaah yang ramai, maka pada tahun 1964 surau ini dirobohkan dan akan dibina sebuah masjid diatas tapaknya. Sementara menunggu siapnya masjid baru, ahli jamaah masjid menumpang sembahyang di rumah Cikgu Ab. Rahman yang dalam pembinaan. Masjid baru ini mula diguna pada tahun 1965 walaupun tidak siap sepenuhnya. Masjid ini dperbuat dari jongkong tanah tanpa menggunakan tetulang besi. Kayu-kayu dari surau lama digunakan pada bahagian bumbung.Oleh kerana  ahli jamah masjid ini telah bertambah ramai dan masjid ini telah tidak mampu menampungnya, maka AJK masjid telah bersetuju untuk membina masjid baru 2 tingkat.

 

Masjid ini mula dibina pada tahun 2006. Bahan binaan masjid lama digunakan sebagai bahan untuk menambak lantai masjid baru. Walaupun masih dalam pembinaan masjid ini dapat digunakan untuk solat Jumaat dan solat fardu. Masjid ini ini siap dibina 5 tahun kemudian.

 

Kos pembinaan RM 3.3 juta dari derma orang ramai dengan cara menjual dan mewakafkan semula bahagian masjid yang dijual dan dari tabung bergerak hari Jumaat.

Boleh memuatkan serama lebih kurang 3000 jamaah pada setiap masa

 

 

Senarai Nama Imam yang pernah bertugas di masjid ini.

1. Hj. Che Mamat ( Tok Ayah Surau )

2. Ku Haji Nik Lah.

3. Che Wook b. Haji Abdullah

4. Raja Ahmad.

5. Muhammad Nor bin Omar

6. Hj. Zakaria bin Sulaiman.

Senarai Nama Imam Muda yang pernah bertugas di masjid ini.

1. Mat Jusoh bin Omar

2. Muhammad Razali bin Abdul Rahman

3. Muhammad Farhan bin Fauzi

4. Muhammad Harith bin Khairi

Senarai Nama Bilal yang pernah bertugas di masjid ini.

1. Mat Dris

2. Sidi Ahmad

3. Adi bin Ismail

 

Kampung-kampung dalam mukim Kasar

o Kampung Kasar

o Kampung Dusun

o Kampung Kolam

o Kampung Kubang Bunut

o Kampung Kubang Padi

o Kampung Jias

o Kampung Pengkalan Batu

o Kampung Landar

o Kampung Banggol

Bilangan rumah dalam mukim

o Kampung Kasar       383

o Kampung Dusun 28

o Kampung Kolam 47

o Kampung Kubang Bunut 52

o Kampung Kubang Padi102

o Kampung Jias        153

o Kampung Pengkalan Batu167

o Kampung Landar        177

o Kampung Banggol        59

 

Bilangan surau dalam mukim / imam

  Nama Kampung Bil. Masjid Bil.Surau
1 Kg. Kasar 2 2
2 Kg. Kubang Bunut 3 1
3 Kg. Kolam 1 1
4 Jg. Jias 1 1
5 Kg. Pengkalan Batu 1 1
6 Kg. Banggol 1 1
7 Kg. Landar 2
  JUMLAH 11 7

Bilangan Jemaah solat fardhu 5 waktu : 150 – 300 orang

Hubungi Kami

Note

Aktiviti Masjid Terkini - Ceramah Perdana disampaikan oleh Ustaz Shahril Long. Tarikh: 2 Mei 2014, (7.40pm - 9.00pm) Selepas Solat Maghrib.

Photo Flickr

    Back to Top